JENIS PENGAJIAN : SARJANA PENDIDIKAN
BIDANG : SUMBER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
TUJUAN
- Memperkenalkan pelajar kepada perkembangan sumber pendidikan terkini
- Mendedahkan pelajar kepada kaedah penyelidikan terkini dalam bidang sumber dan teknologi maklumat
- Memahirkan pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
- Memberi pekuang kepada pelajar memahami sesuatu sistem teknologi maklumat yang sesuai
GB6023 : KAEDAH PENYELIDIKAN 2 (***koleksi tugasan GB6023)
- Kursus ini akan melengkapkan kemahiran pelajar dalam menjalankan penyelidikan. Pelajar akan emmahami kaedah penyelidikan, menilai laporan penyelidik dan menghasilkan penyelidikan yang lengkap. Pelajar juga dapat mengetahui teknik statistik inferens yang ringkas dan sesuai, kenalpasti jenis penyelidikan, memilih kaedah untu sesuatu masalah, merancang kajian penyelidikan, memilih sampel serta memungut data yang sah dan boleh dipercayai, analisa data dan akhirnya membuat perbincangan.
GB6012 : PENULISAN AKADEMIK 1
- Membantu pelajar membuat penulisan akademik seperti kertas projek, tesis dan tugasan akademik dengan tepat dan jelas.Skop perbicangan adalah seperti pemilihan laras bahasa yang tepat dan sesuai, cara menilai secara kritikal sumber rujukan dan cara mengelakkan plagiatrisme.
GC6033 : ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
- Membimbing pelajar untuk memeriksa secara mendalam dan kritikal pandangan-pandangan penting, aliran-aliran yang ternampak dan isu-isu yang berbangkit dalam pendidikan. Pelajar akan mendapat peluang untuk menyuarakan idea-idea tersendiri dalam perbincangan dans eterusna menulis secara ilmiah tentang topik-topik tertentu