Pengenalan

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Terima kasih di atas kunjungan anda ke laman web ini. Web ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta maklumat-maklumat berkaitan dengan teknologi yang dapat dikaitkan dengan dunia pendidikan. Anda bukan seorang pendidik? Tak mengapa kerana saya juga bukan seorang pendidik. Penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat tidak memerlukan anda menggalas jawatan sebagai pendidik.¬† Memadai dengan pengetahuan dan pengalaman yang anda ada untuk dikongsi bersama…asal dapat memberi manfaat pada semua, insyaallah.