Survey, Quiz & Polls Tools

Antara perisian yang boleh didapati dengan mudah bagi kegunaan soal selidik atas talian adalah:

 

  1. Google Form 

    Perisian google form adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh GOOGLE. Perisian ini boleh didapati secara mudah dan percuma. Melalui perisian ini, pengguna boleh menyediakan borang soal selidik dengan mudah serta mendapatkan data secara raw data ataupun berbentuk laporan. Memandangkan ia amat mudah digunakan, ramai penyelidik yang menggunakannya sebagai mediun instrumen dalam mengumpul maklumat berkaitan kajian yang dijalankan. Namun, kekangan pada google form yang dapat saya teliti adalah tidak responsive iaitu tiada auto setting display jika ia digunakan di dalam smartphone. Anyway, selagi ia mudah serta PERCUMA untuk digunakan, no big deal!
    googleform    googleform2

  2. Question Pro

    Questionpro adalah satu perisian yang memudahkan pengguna membuat soal selidik serta mendapatkan laporan maklumat dengan cepat dan mudah. Namun, terdapat had limit soalan bagi penggunaan secara percuma. Sekiranya anda melanggan aplikasi ini, ia akan memudahkan anda untuj membuat soal selidik bagi kali yang keseterusnya.
    Pautan : http://www.questionpro.com
    questionpro

  3. Surveymonkey
    Surveymonkey antara aplikasi survey yang paling digemari oleh pengguna kerana kemudahan template soalan sedia ada berdasarkan kepada skop penggunaan.

    Pautan: http://www.surveymonkey.com
    SurveyMonkey-App
Advertisement