Tentu anda tercari-cari perisian dan aplikasi yang mudah untuk menyediakan infografik yang menarik. Tapi sebelum tu, kena tau juga apa itu infografik? Infografik adalah maklumat yang diintepretasikan di dalam bentuk grafik bagi memampatkan lambakan maklumat serta menjadikan penyamapaian maklumat lebih menarik dan tersusun (itu kalau disusun dengan betul ye). Jadi, antara perisian yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
- CANVA
Ini adalah antara perisian yang paling saya suka dalam membina segala jenis grafik. Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk membina brosur, banner, header pada web, logo, infografik, presentation dan pelbagai lagi. Kemudahan customization juga disediakan untuk memudahkan pengguna membina mengikut spesifikasi masing-masing.
Pautan : http://www.canva.com
- PIKTOCHART
Piktochart merupakan aplikasi pembinaan infografik, laporan, banner dan slide. Pengguna hanya perlu berdaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun kemasukan. Penggunaannya juga amat mudah dengan hanya menggunakan konsep drag and drop. Aplikasi ini juga menyediakan fungsi size customization serta membenarkan pengguna memuat naik gambar dari koleksi sendiri.
Pautan : https://piktochart.com