Presentation tools

Antara tools pilihan yang boleh digunakan untuk membuat persembahan (presentation) adalah:

 

  • PREZI
    Prezi adalah persembahan perisian dan alat bercerita yang berasaskan awan (SaaS)untuk meneroka dan berkongsi idea pada kanvas maya. Prezi  membolehkan pengguna untuk mengfokus(zoom) masuk dan keluar media persembahan mereka.Prezi membolehkan pengguna untuk memaparkan dan menavigasi melalui maklumat dalam ruang 2.5D Z paksi. Prezi telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2009 oleh pengasas Adam Somlai-Fischer, Peter Halacsy dan Peter Arvai.Saya telah membuat slaid persembahan prezi yang bertajuk planet-planet dalam sistem suria bagi digunakan untuk sesi P&P akan datang di sekolah. Setelah siap slaid persembahan, saya dapati prezi mempunyai beberapa ciri-ciri yang unik seperti:1. Prezi sangat dinamik dan tidak ‘rigid’ seperti power point. Prezi membolehkan kita menghasilkan satu persembahan yang tidak terlalu formal dan ia masih dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan.2. Prezi adalah sangat menarik dan mampu membuatkan penonton terpaku dan mengikuti persembahan sehingga tamat.3. Prezi mampu membuatkan penonton menjiwai persembahan dan seolah-olah berada dalam persembahan itu sendiri.4. Prezi membolehkan pembentang meluahkan kreativiti mereka dalam persembahan.

    5. Latar belakang 3D prezi menjadikan persembahan itu tidak bosan dan menarik minat penonton

prezi prezi template

 

2. HAIKU DECK
Secara ringkas, Haiku Deck adalah adalah aplikasi presentation yang digunakan dalam bentuk slide show dan penggunaan yang mudah serta menaraik. Ia memastikan teks ringkas dan tepat selain mempunyai arkib imej yang banyak. Paling penting, tersangatla mudah untuk menggunakan Haiku Deck. Tekan tekan tekan, oh siap!

Pautan : https://www.haikudeck.com/

    haiku-deck-logo-large              haiku template

 

3. EMAZE

Emaze adalah perisina aplikasi yang digunakan untuk membina dan berkongsi pembentangan secara online atau pun standalone. Apa yang menarik dalam emaze, template dan ciri-ciri yang ada di dalam emaze ini tidak terdapat di dalam aplikasi pembentangan secara tradisional (cth: power point). Antara kelebihan yang boleh di dapati di emaze adalah :

  1. Rekabentuk yang menarik (pilihan 2D dan 3D)
  2. Penggunaan HTML5 serta responsive (boleh digunakan di mana-mana pelayar termasuk smartphone)
  3. Capaian melalui pelbagai alatan (boleh dibina dan dikemaskini melalui PC atau smartphone)
  4. Penterjemahan ayat secara automatik

Pautan : https://www.emaze.com/

Emaze_logo   emaze template

 

4. VISME
Visme adalah aplikasi yang memudahkan pengguna membuat pembentangan secara animasi, grafik bermaklumat serta pelbagai visual yang interaktif secara online dan PERCUMA. Apa yang menarik, ia boleh menambah dan mengemaskini kandungan di mana-mana sahaja serta dimuat turun untuk kegunaan di luar talian. Apabila slide yang anda bina telah selesai, perkongsian juga boleh dibuat melalui rangkaian sosial dan laman-laman blog.

Pautan : https://www.visme.co

visme template

Advertisement