APLIKASI KREATIF

Perisian Kreatif (Creative tools)
Sehingga kini, terdapat lambakan perisian /aplikasi mudah yang mempunyai pelbagai fungsi di internet. Semua aplikasi yang dinyatakan adalah dari pengalaman saya sendiri menggunakannya serta maklumat tambahan dari mereka yang pernah menggunakannya. Sekiranya terdapat alasan untuk sesuatu aplikasi ini, bolehlah dikongsikan bersama. Antara kategori perisian yang boleh didapati adalah:

 

  1. Presentation Tools
    Ini merupakan aplikasi pilihan kedua selain Powerpoint yang dapat digunakan sebagai medium pembangunan pembentangan (presentation). Terdapat banyak sebab yang boleh dipertimbangkan untuk menyediakan pembentangan sama ada atas talian (online) atau yang telah dimuat naik ke dalam komputer (stand alone), antaranya adalah kos efektif / percuma, penyimpanan data secara cloud bagi memudahkan akses pada bila-bila masa dan dimana jua, pelbagai pilihan template yang menarik serta mudah digunakan.
  2. Online Video Tools
    Penggunaan video memang sesuatu yang attractive (ni kajian dari Mayor, cheq main petik ja…). Tak kisahlah video itu berkaitan dengan apa sekali pun.. jika ia melibatkan movement things, tambahan pula dengan warna yang menarik, diselitkan dengan background music..
  3. Survey, Quiz & Polls Tools
    Kemudahan untuk mendapatkan maklumbalas melalui soal selidik, kuiz dan undian kini amat mudah digunakan berbanding kaedah konvensional (pungutan data secara manual). Malahan, ramai penyelidik kini telah menggunakan pendekatan ICT dalam pengumpulan data kajian mereka kerana ia lebih mudah, cepat dan yang penting murah berbanding dengan keperluan untuk mencetak kertas soal selidik yang tidak berapa go green!. Pemilihan secara atas talian sekaligus membantu mereka untuk mendapatkan data mentah dengan tujuan analisa menjadi mudah, cepat dan tepat (pengeluaran raw data secara automatik). Ini bukan sahaja mengurangkan human error, tetapi lebih kepada time management (wah, gitew…Nampak sangat malas nk wat data mining…)
  4. Slide & Infographic Tools
    Just bayangkan, hari anda tiba-tiba berubah dari pagi yang ceria kepada suasana yg kelam kabut dek kerana terpaksa membuat slide last minute untuk presentation petang nanti. Saya tak pasti jika ini pernah berlaku kepada anda tetapi it was happened to me. Oleh kerana itu, saya akan sentiasa bersedia dengan aplikasi-aplikasi serta template yang telah disimpan sedia di dalam storage saya supaya pagi yang ceria akan sentiasa ceria walaupun terdapat last minute task. So, kemudahan slide serta rajah infografik ini sangat-sangat membantu terutamanya kepada anda yang inginkan persembahan yang ringkas, cantik dan berkesan.
  5. Mobile Creator Tools
    Pernah dengar Mobile Apps? Pernah guna? Apa kelebihan dan impak penggunaannya berbanding aplikasi yang ada di website? Ok, saya ambil contoh mudah, Malaysian typical…Maybank2u. Sekiranya anda berada di depan PC, anda boleh layari website maybank melalui http://www.maybank2u.com.my. Tetapi sekiranya anda sedang berada di dalam kereta, tiba-tiba nak semak baki duit simpanan anda (time ni la pulak nak semak…kan), sudah tentu anda akan ambik smart phone anda, buka perisian Chrome.. type pada URL…dan klik Go..Maka keluarlah website maybank2u yang sama anda lihat di Pc anda..Messy kan? Sangat tidak responsive.. Jadi, apa yang anda perlu lakukan.. download aplikasi mobile2u (terdapat di laman wen maybank), download mengikut OS telefon anda… Apa bezanya? Aplikasi akan menjadi mudah (kerana telah terpasang di smartphone anda), ringan (lebih cepat dibuka kerana tidak terdapat makluman-makluman yang ada di website) serta responsive (menu yang ringkas). Ok, dah faham apa kegunaan mobile apps? So, anda tidak perlu menjadi seorang programmer atau belajar bahasa program untuk menyediakan aplikasi mobil (yang ringkas)..anda hanya perlu subscribe beberapa apliakasi yang sedia ada (ready made) dan terus diupload ke dalam Play Store (Android)..dan siap!

 

 

Advertisement