TRELLO

trello

TRELLO. Awal tahun 2015 saya telah diperkenalkan kepada TRELLO oleh supervisor, Dr Fariza Khalid. Apa itu TRELLO? Dalam bahasa mudah, ia merupakan satu platform berasaskan web  yang bertujuan untuk membentuk pengurusan projek samada secara individu ataupun berkumpulan. Ia dapat membantu anda menguruskan tugas dengan lebih mudah dan berkesan. Bagaimana?

Dengan menggunakan Trello, pengguna boleh menyusun idea dan merangka aliran kerja dengan menggunakan board, card dan juga list. Untuk penggunaan kali pertama, pengguna perlu berdaftar dengan menggunakan emel dan kata laluan. Setelah pendaftaran diterima, pengguna akan diberikan board (papan utama) untuk menyediakan permulaan projek. Dalam board, pengguna boleh memasukkan nama ahli kumpulan dengan cara invite by email kepada ahli. Apabila ahli telah menerima dan setuju, trello akan membenarkan ahli untuk menjadi kumpulan board tersebut. Confuse? Ok, Saya gunakan Facebook sebagai analogi penggunaannya..

 – anda ada akaun Facebook …. anda ada akaun Trello
– anda akan Add Friend untuk menambahkan koleksi kawan Facebook anda.. Trello juga begitu, anda perlu invite kawan-kawan untuk join Board Trello anda melalui emel mereka – di facebook, apa yg anda post status dan komen yang boleh dibaca oleh kawan anda.. dan Trello juga begitu
– di Facebook anda boleh arrange event untuk hebahan kepada kawan anda… Trello juga begitu

So, pendek kata jika anda pandai bersosial media menggunakan Facebook, insyallah Trello juga akan mudah dari yang disangka. So, what Trello can be used for?

  • can share your ideas, photos, videos or attachments
  • view collaborators on card masing-masing (task apa yang sedang dibuat, bahan rujukan yang boleh dilihat)
  • Keep track task yang telah dirangka
  • Easy notification (jika install apps mobile, notifikasi akan dimaklumkan melalui telefon/ emel)

 

Pengenalan

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Terima kasih di atas kunjungan anda ke laman web ini. Web ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta maklumat-maklumat berkaitan dengan teknologi yang dapat dikaitkan dengan dunia pendidikan. Anda bukan seorang pendidik? Tak mengapa kerana saya juga bukan seorang pendidik. Penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat tidak memerlukan anda menggalas jawatan sebagai pendidik.  Memadai dengan pengetahuan dan pengalaman yang anda ada untuk dikongsi bersama…asal dapat memberi manfaat pada semua, insyaallah.