Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) sebarang perisian. Namun penggunaanya adalah mengikut kepada keperluan individu tertentu. Sebagai contoh, kebanyak pengguna kini banyak menggunakan aplikasi BLOGSPOT, WIKIPEDIA, YOUTUBE, PODCAST, FACEBOOK, TWITTER dan sebagainya dengan tujuan yang spesifik. Pada pandangan yang lain, PENDIDIK contohnya, banyak aplikasi yang boleh digunapakai sebagai medium mempertingkatkan tahap keberkesanan proses P&P (pengajaran & pembelajaran). Di bawah ini, saya sertakan antara aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan:
[5] EDMODO
Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang percuma untuk guru
dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan
cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas.
Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih
melalui aplikasi telefon pintar percuma. Berasaskan model penulisan blog
mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo
membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik
pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan
dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea
sesama guru lain. Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan
dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan.
Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar
yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut.
(Sumber: http://www.edmodo.com)